![]() ![]() ![]() ![]() |
7 Tips Elak Mengantuk Ketika Belajar
Wednesday, 14 March 2012 | 18:28 | 0 candie blossom
Assalamualaikum and hellooo :)Today. Tips untuk elak dari mengantuk especially ketika belajar dalam kelas. Subjek Sejarah kot yang paling mudah untuk mengantuk. Haha tapi kalau cikgu bersuara lantang dan suka soal pelajar, rasanya tak mengantuk. Kononnya takut disoal dan tak dapat jawab. Hehe. Harapnya tips kali ni boleh membantu sikit-sikit. Tapi semuanya bergantung kepada korang jugak. Saya pun pernah mengantuk especially bila malam tu, tidur lewat :3 Basuh muka. Ini perkara asas biasa dilakukan pelajar. Jika semasa guru mengajar kita terasa mengantuk, minta kebenaran keluar ke bilik air dan basuh muka. Tidur awal. Masalah mengatuk kerap dikaitkan dengan tidur lewat. Berjaga sehingga lewat malam memang menyebabkan mengantuk pada siang hari. Disiplin diri dengan tidur awal kerana tidur awal dapat merehatkan badan dan minda secukupnya. Buat senaman ringan. Lebih baik, ajak rakan-rakan sekelas lakukan aktiviti senaman bersama. Buat dalam 5-10 minit sahaja. Pasti terhibur dan menghilangkan rasa mengantuk. Tanya soalan. Jika terasa mengantuk, angkat tangan dan tanya soalan atau beri pendapat kepada guru yang sedang mengajar. Biasanya, jika bercakap akan hilang perasaan mengantuk. Minum air masak. Air memberi tenaga kepada badan yang letih. Minum air dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan. Menjaga makanan. Elak makan terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan menyebabkan keletihan dan rasa malas. Makan secara seimbang dan sederhana. Duduk dengan betul dan jangan meletak kepala di atas meja. |