|
Rasulullah SAW :')
Saturday 4 February 2012 | 16:06 | 0 candie blossom
Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuli lembaran sirahmu. Pahir getir pengorbananmu, membawa cahaya kebenaran :'D Hari ini 12 Rabiulawwal dan pastinya semua umat Islam tahu tentang tarikh ini. Bukan cuma hari ni kita perlu ingat tentang Rasulullah tapi setiap hari, setiap saat dan setiap perilaku kita menggambarkan yang kita ingat baginda atau tidak. Memang kita tak sesempurna Rasulullah, tak sehebat Rasulullah tapi kita mampu berusaha untuk menjadi umat yang terbaik dan jadikan Rasulullah sebagai idola seharian kita :') Kalau boleh, Irah nak memiliki sifat 'sabar' seperti Rasulullah. Sabar even ada orang kutuk, fitnah dan caci bukan-bukan. Sabar dalam setiap dugaan Allah. Sabar walaupun kehilangan orang tersayang kerana yakin setiap makhluk cuma pinjaman yang diberikan oleh Allah kepada kita. 'Pinjam' ertinya cuma 'sementara' kan? :') Kita sebagai umat Islam, kenapa mesti menyambut Valentine dan Maulidur Rasul diketepikan? Valentine tak perlu disambut. Setiap hari Nabi ajar kita untuk berkasih-sayang kan. Mengingati Rasulullah dan hari keputeraan baginda lebih mulia dan automatik mendorong kita untuk menjadi yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kat bawah ni Irah sertakan sedikit biodata Rasulullah. Semoga kita lebih mendekati Allah dan menyanjungi Rasulullah :)
USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN . Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. USIA 25 TAHUN · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W § Khadijah Binti Khuwailid. § Saudah Binti Zam'ah. § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). § Zainab Binti Jahsy. § Maimunah Binti Harith. § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin). ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra ' ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda). SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN 1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad SAUDARA SUSUAN 1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza |